::.LOOK THIS.::


Click here for Myspace Layouts

Wednesday, February 16, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL(!!!)

Assalamualaaikum semua..Memandangkan hari ni adalah sambutan Hari Maulidur Rasul..Cyew ingin kongsi kan tentang makna di sebalik Maulidur Rasul itu sendiri..Maulidur Rasul adalah hari bersejarah bagi Nabi Muhammad s.a.w..Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada Isnin,12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571..Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala..Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi..

Setiap tahun,umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan,ceramah dan sebagainya..Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul..

Anda dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w,kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi,sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan..Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih..

Allah Subhanahu Wataala sentiasa membalas kebaikan seseorang begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak membuat kebaikan,sudah Allah Subhanahu Wataala memberi pembalasan yang tidak ternilai..Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala..

Keberkatan mengadakan majlis Maulud ini bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu..Tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya..

Jadi,kita sebagai umat Islam jangan lah teragak - agak untuk melakukan kebaikan kerana setiap kebaikan yang akan dilakukan pasti mendapat ganjaran pahala dari Allah Subhanahu Wataala...

Sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama anda semua...Sekian terima kasih...



Tuesday, February 15, 2011

HARI KEKASIH ADALAH LALUAN KEPADA KEMUNGKARAN

Hye anda semue..Assalamualaikum dan salam sejahtera..Anda semue chat..??Cyew chat jer..Alhamdulillah..Hari ni cyew nak citew skit psal Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Hari Valentime dari segi Islam..Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih yang jatuh pada tanggal 14 Februari..Anda boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih..Bukan itu sahaja, untuk membuat Hari Kekasih ini lebih menarik,pelbagai filem berunsur romance disajiakn sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing..

Namun begitu,dalam sedar atau tidak,anda boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut serta meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam..Untuk pengetahuan anda semue,Hari Kekasih ini HARAM untuk di sambut di sisi Islam..

Sambutan Hari Kekasih semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam khususnya golongan remaja..Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir daripada mereka yang bertindak di luar batasan sehingga menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat..Dan bermulalah perbuatan yang tidak bermoral seperti zina, minum arak, menghidu gam, menghisap ganja dan dadah secara tidak langsung mencerminkan keperibadian yang buruk dalam kalangan remaja dan memberi gambaran negatif terhadap golongan remaja, dari segi agama dan negara, keluarga dan generasi yang akan datang..(Ish3x)..Betul- betul memalukan..


Oleh itu,bagi membina kekuatan dalaman remaja Islam hari ini serta menghindarkan diri daripada terus menerus terjebak dalam unsur kurang sihat seperti Hari Kekasih adalah dengan mengukuhkan keilmuan dan keimanan..Penjelasan berkenaan larangan menyambut Hari Kekasih perlulah diwar-warkan kepada seluruh umat Islam khususnya remaja agar mereka faham apa sebenarnya erti disebalik Hari Kekasih atau Hari Valentine..

Mereka malah anda dan diri cyew sendiri perlu didedahkan dengan ajaran-ajaran agama supaya pegangan iman kita sentiasa teguh dan tidak mudah goyah dengan bisikan syaitan..

Keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru sememangnya tidak boleh dielakkan..Dan  tidak dinafikan juga bahawa remaja juga mudah memberontak..Remaja masih muda dan tidak tahu arah tujuan sebenar hidup di alam sementara ini..Apa yang dikejar hanyalah keseronokan semata-mata..Dan penulis tidak terkejut jika terdapat antara mereka yang memberikan pelbagai alasan demi membenarkan mereka menyambut perayaan ini..

Antara alasan yang lazim didengari dari remaja sekarang  ialah menyambut Hari Kekasih secara tidak berlebihan,menyambutnya  dengan hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas atau menghadiahkan sekuntum bunga sebagai tanda cinta..Tetapi, mengapa ia tidak dilakukan pada hari-hari biasa..??

Selain itu, bukan besar atau kecil hadiah yang menjadi persoalan..Pokok pangkalnya adalah niat seseorang itu.. Menurut sumber sejarah,Valentine Day ini telah menjadi acara keagamaan buat penganut Kristian.. Apakah anda sebagai umat Islam ingin tergolong dalam golongan penganut kristian..??Mahukah..??

Di dalam surah Ali Imram ayat 31 telah menyebut "Katakanlah (Wahai Muhammad jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.."

Ayat di atas bermaksud setiap kasih dan sayang yang ditetapkan oleh Islam tidak seharusnya disalahgunakan bagi memenuhi kehendak peribadi sesuatu pihak..Ia perlulah digunakan dalam suasana yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat umum..

Oleh itu, pengetahuan merupakan perkara yang amat penting dalam hidup supaya anda tidak mudah ditipu dan dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang boleh membinasakan diri anda sendiri. Jika ceteknya pengetahuan, maka benteng keimanan seseorang Muslim itu mudah rapuh sekali gus akan hilanglah jati diri dalam kalangan remaja Muslim.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut,pergaulan yang mesra dan lemah lembut sesama ahli keluarga merupakan faktor yang boleh menyemai semangat kekeluargaan..Lakukanlah aktiviti secara bersama, Insya-Allah anda pasti memahami bahawa kasih dan sayang bukanlah terletak kepada motif pemberian sahaja, malah lebih kepada mengekalkan hubungan baik serta dapat sama-sama menuju ke jalan yang diredhai..

Selain itu, pihak media juga hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membetulkan semula fahaman remaja tentang  Hari Kekasih..Ini kerana, media merupakan satu medium penyebar infomasi yang paling berpengaruhi oleh segenap lapisan penduduk..

Oleh itu, kesemua pihak yang terlibat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka agar tidak menyambut Valentine Day..Tambahan itu,isikanlah hati anda dengan ilmu-ilmu akidah dan akhlak supaya anada semua dapat menjaga benteng keimanan dari menjatuhkan maruah mereka sebagai remaja Muslim..

Sampai sini jer la yang cyew nak kongsi ngan anda semue coz cyew ni tak lah pandai sangat..Sekian..Terima kasih..


Sunday, February 13, 2011

HIDUP YANG MENYEDIHKAN(!!!)

Assalamualaikum cmue..Hurm..Ape prsaan anda semue kalo bez  fwen siri ne rmpas n msuh ktat anda..Cdey arx..??Uh la yg cyew ngah alami skrg ni..Cmue kawan cyew x cxunx cyew..Cmue kwan cyew bnci cyew...Npew..??Npew.??Cyew x prnah rase dihargai oleh kwan-kwan cyew..Skrg nieh blew cyew dah x cme class n kwan-kwan lamew..Cemue nyew ckap cyew kerek budx gamma..Bajet bagoz jerk..Sombong n mcm2 lgi..Padahl cyew bukn cam uh..Cyew cume xad mse nak bual pnjg n lepk lepk n dieorg cam dlu..Tp blew kite free..Nak bual2 n lepak nan dieorg..Dieorg ckp..Cyew bru nk ingt kwan..Huwaa!!Cdey nyew idop ni..(!!!)

Hati Yang Dilukai..